Pecutan Azeem rekod musim terbaik 

Pecutan Azeem rekod musim terbaik 

MUHAMMAD Azeem Fahmi bersama kuartet 4x100 meter (m) negara menamatkan larian akhir di tempat kelapan di Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine-Ruhr 2025, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Raja pecut negara, Azeem Fahmi, terus mengukuhkan reputasinya apabila mencatat rekod terbaik musim ini dengan 10.28 saat (s) di Amerika Syarikat, semalam.

Dalam aksi di Kejohanan Olahraga Tiger Track Classic, Auburn, pelari berusia 20 tahun itu menjuarai acara 100 meter (m) menewaskan dua pencabar dari Georgia, Brody Buffington (10.29s) dan Micah Larry (10.32s).

Apa yang lebih membanggakan, catatan Azeem itu dilakukan dalam keadaan angin bertiup menentang pada -0.9m sesaat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (MAU), Robert Ballard menyifatkan prestasi Azeem sebagai perkembangan positif dalam usahanya kembali ke prestasi kemuncak.

“Ia bagus untuk melihat Azeem merekodkan catatan musim terbaik 10.28s dalam keadaan angin menentang -0.9,” kata Ballard kepada Utusan Malaysia.

Ballard turut memaklumkan, Azeem dijadualkan bertanding sekali lagi di Kejohanan Tennessee State University (TSU)  di AS minggu depan bagi meneruskan rentak cemerlangnya.

Sebagai rekod, Azeem memegang rekod kebangsaan 100m dengan masa 10.09s yang dicipta di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia pada 2022.

Dengan momentum ini, Azeem dilihat semakin hampir untuk memburu tiket ke Kejohanan Dunia di Tokyo, Jepun pada September ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN