PETALING JAYA: Majlis Sukan Negara (MSN) menegaskan pihaknya tidak mengabaikan tiga jenis sukan kurang mendapat perhatian yang disenaraikan dalam Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles. Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin berkata pihaknya telah memulakan gerak kerja bagi membantu tiga sukan tersebut iaitu mendaki, papan selaju dan luncur ombak dalam usaha mereka layak ke Olimpik 2028 secara merit. “Kita sudah mulakan proses dengan salurkan bantuan kepada mereka untuk menurunkan ranking dunia…










