KUALA LUMPUR: Mara ke pentas akhir pada Piala Sudirman 2025 di Xiamen, China pada 27 April-5 Mei ini bukanlah satu misi mudah lebih-lebih lagi skuad badminton kebangsaan tidak hadir sebagai pasukan yang memiliki pakej lengkap. Kepincangan perlu diakui wujud di sektor perseorangan lelaki dan wanita, menyaksikan Malaysia bergantung kepada saingan beregu bagi mengutip mata penting terutamanya sewaktu menghitung pertemuan dengan pasukan pilihan. Skuad negara yang mara sehingga ke separuh akhir…