Kalau Ronaldo boleh, saya pun boleh - Jijoe 

Kalau Ronaldo boleh, saya pun boleh – Jijoe 

AZIZULHASNI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengangkat semangat baharu dalam kariernya apabila menyatakan hasrat untuk memecahkan persepsi bahawa atlet berusia 30-an sudah tidak lagi relevan dalam arena kompetitif.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu percaya dirinya masih mampu mencabar pelumba muda dunia biarpun bakal memasuki usia 37 tahun tahun ini.

“Kalau saya boleh kembali bersaing di tahap tertinggi pada usia ini, ianya sesuatu yang bersejarah.

“Cristiano Ronaldo sudah buktikan perkara itu, kini saya mahu tunjuk kepada rakyat Malaysia bahawa kita juga boleh lakukan perkara sama,” kata Azizulhasni.

Azizulhasni yang diberi julukan The Pocket Rocketman itu, sebelum ini menjalani pembedahan jantung pada 2022 namun kembali mengejutkan dunia dengan dua pingat emas Kejohanan Asia dan rekod kebangsaan acara pecut pada musim berkenaan.

Kini beliau tampil semula sebagai pelumba profesional, dengan tumpuan utama musim ini adalah membina semula fizikal dan rentak perlumbaan.

Tekadnya bukan hanya untuk kembali ke podium, malah menjadi inspirasi kepada atlet veteran lain bahawa usia bukan penghalang untuk beraksi cemerlang.

“Saya perlukan ruang dan masa untuk bina semula apa yang diperlukan supaya saya boleh kembali kompetitif di peringkat tertinggi.

“Tapi saya memang dah biasa buat ‘comeback’, lepas serpihan kayu masuk kaki pada 2011, lepas pembedahan jantung pun saya bangkit. Jadi kali ini pun saya akan cuba sedaya upaya,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN