Jorge Martin kembali panaskan litar Lusail

Jorge Martin kembali panaskan litar Lusail

JORGE MARTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUSAIL: Juara dunia MotoGP, Jorge Martin mengakui belum pasti mampu menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Qatar hujung minggu ini selepas disahkan kembali beraksi bersama Aprilia.  

Martin sebelum ini terpaksa berehat panjang akibat kecederaan patah tangan dan pergelangan tangan yang dialami sewaktu sesi ujian di Malaysia dan insiden latihan di Thailand.  

Namun, pelumba Sepanyol itu tetap bersemangat untuk cuba menunggang semula jentera RS-GP walaupun sedar tahap kecergasannya belum pulih sepenuhnya.  

“Saya sangat teruja untuk kembali ke litar dan cuba berlumba di Qatar.

“Sasaran saya hanyalah untuk membiasakan diri semula dengan jentera RS-GP25 dan cuba melengkapkan beberapa pusingan,” kata Martin.

Martin juga mengakui dia tidak pasti sama ada mampu menghabiskan perlumbaan, namun menganggap kejayaan menamatkan saingan itu sudah cukup bermakna.  

“Secara fizikal, saya sendiri tidak pasti mampu habiskan perlumbaan ini.

“Tetapi jika berjaya sampai ke garisan penamat, itu sudah seperti satu kemenangan kerana ia bermakna saya sudah mula pulih,” katanya.  

Litar Lusail pernah menjadi gelanggang kegemaran Martin apabila meraih petak utama pertama dalam karier MotoGP pada 2021 dan memenangi perlumbaan pecut tahun lalu.  

Martin kini ketinggalan 87 mata di belakang pendahulu kejuaraan, Alex Marquez, namun dia sudah menjangkakan saingan merebut gelaran musim ini bukan keutamaan memandangkan masih dalam proses menyesuaikan diri dengan Aprilia. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN