Hamilton dakwa jenteranya perlahan berbanding Leclerc

Hamilton dakwa jenteranya perlahan berbanding Leclerc

LEWIS HAMILTON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUZUKA: Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton menimbulkan kontroversi apabila mendakwa jentera Ferrari yang dipandunya lebih perlahan berbanding milik rakan sepasukannya, Charles Leclerc.

Pemandu dari Britain itu sekali lagi bergelut dengan prestasi ketika beraksi di Grand Prix (GP) Jepun apabila menamatkan perlumbaan tersebut di tempat ketujuh minggu lalu.

Rakannya, Leclerc, lebih berjaya apabila menamatkan perlumbaan di tempat keempat, mengatasi dua kereta Mercedes, walaupun Ferrari kekurangan kelajuan untuk mencabar McLaren dan pelumba Red Bull, Max Verstappen.

Selepas GP Jepun, Ahad lalu, Hamilton mendedahkan bahawa keretanya kurang berprestasi.

“Saya benar-benar berharap pada perlumbaan seterusnya, kita akan melihat perubahan positif. Sepanjang tiga perlumbaan pertama, ada sedikit defisit antara kedua-dua pihak garaj mengenai beberapa elemen kereta.

“Di pihak saya, ada sesuatu yang kurang berprestasi. Tetapi itu adalah perkara yang baik untuk diketahui. Dengan apa yang saya ada, itulah keputusan terbaik yang saya boleh capai,” katanya.

Pemandu berusia 40 tahun itu berharap penyelesaian akan ditemui sebelum perlumbaan seterusnya di Bahrain pada hujung minggu ini.

“Kami telah menemui sesuatu pada kereta yang telah kurang berprestasi dalam tiga perlumbaan terakhir. Saya benar-benar berharap apabila masalah ini diselesaikan, saya akan mula memperoleh keputusan yang lebih baik.

“Saya kehilangan lebih satu persepuluh sesaat setiap pusingan dengan masalah ini yang kami hadapi. Saya berharap ia akan diselesaikan pada perlumbaan seterusnya,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×