Ethan cipta kejutan berganda

Ethan cipta kejutan berganda

ETHAN Damien memperagakan permainan konsisten untuk muncul juara kategori terbuka lelaki pada Kejohanan Boling Antarabangsa Terbuka Malaysia 2025 di Sunway Megalanes, semalam. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Pemain boling tenpin remaja negara, Ethan Damien Goh mencipta kejutan  apabila menumbangkan juara bertahan, Hafiz Zainuddin pada perlawanan akhir Terbuka Lelaki Kejohanan Antarabangsa Terbuka Malaysia ke-43 di Sunway Megalanes, semalam.

Remaja berusia 15 tahun itu yang juga anggota skuad pelapis kebangsaan, mencatat 220 jatuhan pin untuk menewaskan Hafiz yang menamatkan saingan dengan 180 jatuhan pin.

Hafiz sebelum itu beraksi cemerlang menundukkan pencabar dari Australia, Luke Doyle dengan kemenangan 219-182 dalam separuh akhir untuk mara ke pentas akhir.

Ethan, yang baru sahaja mempertahankan gelaran juara kategori Terbuka Lelaki Remaja minggu lalu, meneruskan momentum cemerlangnya dalam kejohanan senior kali ini.

“Saya sangat teruja dapat bermain di perlawanan akhir. Ini kali pertama saya bertanding dalam format stepladder seperti ini.

“Kemenangan ini memang tidak dijangka, tetapi saya bangga dengan persembahan saya hari ini. Ia takkan jadi kenyataan tanpa sokongan keluarga, jurulatih dan semua yang sentiasa berada di belakang saya. Saya sendiri pun masih terkejut,” katanya.

Kemenangan bersejarah itu turut membolehkan Ethan membawa pulang RM50,000.

Lebih manis, anak muda berbakat besar ini bakal menggalas cabaran negara dalam Kejohanan Boling Tenpin Belia Asia yang dijadual berlangsung di lokasi sama pada Ogos ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×