Arsenal tagih sentuhan Havertz di hujung musim

Arsenal tagih sentuhan Havertz di hujung musim

Arsenal menagih khidmat Kai Havertz (kanan) dalam kempen Liga Juara-Juara musim ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mikel Arteta menjangkakan penyerang Arsenal, Kai Havertz akan kembali memperkuatkan pasukan sebelum penutup musim ini sekali gus membantu kempen Gunners dalam baki saingan Liga Juara-Juara.

Havertz sebelum ini dijangka terlepas beraksi dalam baki musim ini selepas mengalami kecederaan otot paha semasa menjalani latihan bersama kelab di Dubai, Februari lalu.

Pemain antarabangsa Jerman itu dilihat sudah mampu bangun semasa melakukan rawatan pemulihan seperti yang tular dalam media sosial, sekali gus menyalakan harapan dia akan kembali tepat pada masanya untuk membantu Arsenal beraksi di pentas final nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Arsenal melalui kempen Liga Juara-Juara dengan penuh yakin selepas menewaskan Real Madrid 3-0 dalam aksi suku akhir pertama, Selasa lalu.

“Saya berharap dia dapat kembali tepat pada masanya sebelum penutup musim ini. Kami akan melihat perkembangannya. Lagipun dia menerima rawatan daripada pasukan perubatan yang terbaik.

“Pada peringkat ini, dia berada di fasa akhir rawatan, daripada situ anda boleh mengetahui sama ada dia hampir dekat boleh beraksi atau sebaliknya. Dia hanya selangkah sahaja lagi,” katanya.

Kepulangan Havertz ke pangkuan pasukan akan menjadi pemangkin buat Gunners yang kini terpaksa menggunakan tenaga pemain Sepanyol, Mikel Merino menggantikan tempat yang dikosongkan Havertz dan Gabriel Jesus. 

Havertz yang menjaringkan gol ketika membantu Chelsea menjulang trofi Liga Juara-Juara pada 2021 telah menjaringkan 17 gol sepanjang musim ini. – AFP/UTUSAN      

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×