LONDON: Thomas Tuchel perlu membawa skuad England menjulang Piala Dunia tahun depan bagi membuktikan pemilihannya sebagai ketua jurulatih adalah tepat. Bekas pengendali Tottenham, Harry Redknapp berkata, Tuchel, yang diberikan kontrak 18 bulan oleh Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris, bukan pilihan utamanya tetapi dia mewarisi skuad yang diimpikan seluruh dunia. Pengendali dari Jerman itu menjadi ketua jurulatih ketiga dari luar membimbing England selepas dia dilantik menggantikan Gareth Southgate yang melepaskan jawatan tahun…