Piastri padam pecutan Hamilton

Piastri padam pecutan Hamilton

Oscar Piastri mencatat masa terpantas untuk meraih petak pertama perlumbaan Grand Prix China hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
SHANGHAI: Pelumba Formula Satu (F1) McLaren Oscar Piastri merampas kedudukan petak depan perlumbaan Grand Prix Shanghai hari ini beberapa jam selepas Lewis Hamilton melaung amaran kebangkitan Ferrari dengan menjuarai acara pecut.
Piastri akan memulakan perlumbaan 56 pusingan itu bersama pelumba pasukan Mercedes, George Russel manakala Hamilton akan bermula di petak kelima.
Biarpun di belakang, perlumbaan pecut semalam ternyata menjadi milik bekas juara dunia tujuh kali berusia 40 tahun itu yang menguasai dari mula untuk menghabiskan 19 pusingan sekalipun baru dua kali beraksi di litar bersama pasukan baharunya.
“Minggu ini sangat istimewa buat saya. China dan Shanghai sentiasa menjadi litar kegemaran saya sejak mula berlumba di sini pada 2007. Anda seronok memandu di atas litar di sini. Sukar untuk menggambarkan dengan kata-kata” kata Hamilton.
Kata Hamilton, pasukan Ferrari telah melakukan beberapa pengubahsuaian terhadap keretanya agar lebih sesuai semasa sesi kelayakan.
“Kami telah melakukan beberapa perubahan. Bukan melibatkan perkara besar, namun kereta ini masih sukar untuk dikawal, ia seperti melambung atas jalan,” katanya. – AFP/UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN