BARCELONA: Pengurus Barcelona, Hans Flick berkata, masih terlalu awal untuk memikirkan tentang peluang pasukannya menjulang trofi pada musim ini.
Semalam, gergasi Sepanyol itu mara ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menang 3-1 ke atas Bayern Leverkusen dalam aksi kedua pusingan 16 dan layak secara agregat 4-1.
Barca mengekalkan prestasi cemerlang mereka dengan kemenangan selesa ke atas Benfica untuk melebarkan deretan tanpa kalah kepada 17 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini.
Ketika ini, Barca turut mendahului La Liga dan mara ke separuh akhir Piala Raja Sepanyol, namun Flick enggan menambah tekanan ke atas pasukannya dan berkata, masih terlalu awal untuk memikirkan soal piala.
“Paling penting sekali, kami perlu fokus untuk aksi suku akhir dan mempersiapkan diri berdepan lawan seterusnya.
“Liga Juara-Juara adalah trofi paling sukar dan sudah tentu kami berharap akan terus mara serta memenangi kesemuanya, tetapi ia masih terlalu awal,” kata Flick.
Dalam aksi tu, Raphinha meledak dua gol dan satu daripada Lamine Yamal di babak pertama untuk kemenangan 4-1 secara agregat ke atas Benfica.
Pada peringkat suku akhir, Barca akan bertemu sama ada Lille atau Borussia Dortmund dengan kedua-dua pasukan itu terikat 1-1 pada perlawanan pertama.
Dalam saingan La Liga, hanya satu mata memisahkan tiga kelab gergasi Sepanyol dalam persaingan kejuaraan, dengan Barcelona mendahului pada 57 mata. – AGENSI/UTUSAN










