Misi basikal ke Turkiye buru mata

Misi basikal ke Turkiye buru mata

Kejayaan pelumba negara di Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2025 bulan lalu menjadi pemangkin untuk mereka mencipta kejayaan di Piala Negara-Negara Turkiye. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad berbasikal trek negara tidak meletakkan sasaran pingat pada Kejohanan Piala Negara-Negara di Turkiye yang dijadual bermula hari ini, sebaliknya lebih kepada mengumpul mata.

Ketua jurulatih berbasikal trek kebangsaan Harnizam Basri berkata, setiap pelumba negara telah diletakkan sasaran untuk memperbaiki catatan masa yang ditetapkan bagi mengutip mata melayakkan diri ke Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2025 di Chile.

Katanya, Piala Negara-Negara menjadi tumpuan memandangkan kejohanan tersebut hanya dianjurkan sekali sahaja pada musim ini dan ia bakal disertai seluruh pelumba terbaik di dunia.

“Fokus utama adalah kepada acara pecut berpasukan sebab pelumba perlu mengekalkan kedudukan untuk dapatkan lebih banyak mata. Piala Negara-Negara cuma dianjurkan sekali sahaja pada tahun ini jadi semua peserta akan beri yang terbaik.

“Pelumba kita tidaklah begitu tertekan cuma mereka kena jadi yang terbaik namun semua pelumba menghadapi situasi yang sama sebab jika pelumba kita baru habis ACC (Kejohanan Berbasikal Trek Asia), pelumba dari Eropah juga sama (Kejohanan Berbasikal Trek Eropah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Harnizam berkata, semua pelumba negara ditetapkan sasaran untuk memperbaiki catatan masa masing-masing berikutan lokasi venue kejohanan yang berada 1000 meter (m) dari paras laut.

“Jadi, tekanan dalam trek rendah dan apabila rendah, tekanan air dalam udara berkurangan dan secara sainstifiknya, pelumba boleh kayuh lebih laju,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN