JOHOR BAHRU: Petinju Muhamad Farkhan Mohd. Haron menamatkan kariernya dengan sempurna apabila mempertahankan tali pinggang WBC Asia Bridgerweight menewaskan Jaskaran Singh dari India, bulan lalu. Bagaimanapun, penamat yang disangka indah buat petinju dari Johor ini terpalit tuduhan liar yang mendakwa pertarungan bagi Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) telah diatur. Kata petinju dengan gelaran Farkhan ‘The Southern Tiger’ Haron, tuduhan itu melukakan hatinya yang memulakan kariernya di pentas Sukan Malaysia (Sukma)…