Bintang muda bantu Arsenal hampiri suku akhir

Bintang muda bantu Arsenal hampiri suku akhir

Pemain tengah Arsenal, Mikel Merino menjaringkan gol dalam aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang PSV Eindhoven di PSV Stadion, pagi ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
EINDHOVEN: Dua bintang muda Arsenal Myles Lewis-Skelly dan Ethan Nwaneri menjadi tonggak penting membantu kemenangan besar 7-1 ke atas PSV Eindhoven dalam aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara di sini, pagi ini.
Kemenangan dalam misi mustahil itu selepas beberapa pemain utama dibelenggu kecederaan berlaku di sebaliknya apabila Gunners mempamerkan permainan pada tahap berlainan untuk membelasah juara Belanda itu dalam aksi tersebut.
Kekalahan besar kelab Belanda tersebut dianggap keputusan paling buruk dalam sejarah bola sepak Eropah.
“Standard permainan mereka (Arsenal) terlalu tinggi buat kami. Setipa kali mereka menyerang mereka menjaringkan gol. Mereka bagus di semua tempat,” kata pemain pertahanan PSV, Olivier Boscagli.
Sementara itu,  jurulatih PSV, Peter Bosz berkata, pasukannya tidak mempunyai peluang untuk menjaringkan gol, malah mengakui pemain-pemainnya mempamerkan aksi lemah.
Arsenal membuka jaringan menerusi Jurrien Timber seawal minit ke-18 sebelum pemain remaja Gunners, Nwaneri menyumbat gol kedua tiga minit kemudian.
PSV terus menerima kejutan apabila gawang mereka sekali lagi bolos hasil jaringan Mikel Merino dalam tempoh setengah permainan berlangusng sebelum PSV memecah kebuntuan mencari gol pada minit ke-47 apabila dihadiahkan sepak penalti oleh pengadil dan Noa Lang mudah menyempurnakannya.
Ketika PSV mendapat harapan untuk bangkit, Arsenal tidak menoleh lagi apabila mengukuhkan kedudukan 4-1 apabila Martin Odegaard melengkapkan jaringan sebelum perlawanan babak pertama tinggal tiga minit untuk berhenti rehat.
Odegaard tidak berhenti di situ dia turut menjaringkan gol pada babak kedua manakala dua lagi jaringan Arsenal daripada Riccardo Calafiori dan Leandro Trossard sekali gus meletakkan Arsenal dalam keadaan selesa untuk menghampiri ke suku akhir meskipun akan menanti perlawanan kedua di Emirates selepas ini. – AFP/UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN