PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak akan terburu-buru mencari pengganti jurulatih perseorangan wanita negara, Jeffer Rosobin yang meninggalkan badan induk itu pada minggu lalu. Ketua jurulatih perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Kenneth Jonassen berkata beberapa perubahan telah dilakukan buat sementara waktu bagi menampung kekosongan yang ditinggalkan Jeffer. “Sudah tentu, apabila kehilangan seorang rakan sekerja, kami akan melihat susun atur dan bagaimana kami akan mencari calon yang sesuai dengan keperluan…