Alyssa mahu kayuh selaju mungkin di Piala Negara-Negara

Alyssa mahu kayuh selaju mungkin di Piala Negara-Negara

Pe­nampilan pertama Nur Alyssa Farid (kanan) di pentas antarabangsa mewakili negara pada Piala Presiden 2025, Januari lalu yang menyaksikan dia merangkul pingat perak acara pecut, serta dua gangsa keirin serta pecut individu. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba wa­nita negara, Nur Alyssa Farid yang semakin mencuri tumpuan menyasarkan untuk sekurang-kurangnya mara ke suku akhir acara pecut dan keirin dalam penampilan sulungnya pada Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye bermula Jumaat ini.

Atlet kelahiran Johor itu mencipta nama apabila meraih pingat perak dalam acara pecut berpasukan bersama gandingan Anis Amira Rosidi dan Nurul Izzah Izzati Asri pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025, bulan lalu.

Alyssa berkata, sasaran itu dibuat selepas menyedari tahap kejohanan yang lebih tinggi serta persaingan sengit daripada negara-negara kuasa besar sukan tersebut.

“Sudah tentu, saya gembira untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi, tetapi saya juga gugup kerana terdapat penunggang-penunggang terbaik di sana.

“Ini adalah Kejohanan Piala Negara-Negara pertama saya, jadi saya tidak tahu bagaimana suasananya nanti.

“Saya tidak mempunyai ha­ra­pan yang tinggi untuk kejohanan ini, tetapi jika saya dapat mencapai suku akhir dalam acara pecut dan keirin, saya akan sangat gembira dan berterima kasih,” katanya.

Sebelum ini Alyssa bersama Anis dan Nurul Izzah memenangi tempat kedua dalam acara pecut berpa­sukan di ACC 2025 dengan catatan masa 49.132 saat (s) tewas kepada trio dari China manakala gangsa milik Jepun.

Sebagai rekod, pe­nampilan pertama Alyssa di pentas antarabangsa ketika mewakili negara pada Piala Presiden 2025, Januari lalu yang menyaksikannya merangkul perak bagi acara pecut, serta dua gangsa dalam keirin serta pecut individu di kejohanan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN