Alyssa, Izzah berlatih di Jerman

Alyssa, Izzah berlatih di Jerman

Nurul Izzah Izzati Mohd Asri (kanan) dan Nur Alyssa Mohd. Farid membawa cabaran negara dalam siri Piala Dunia Berbasikal Trek di Perth, Australia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua pelumba berbasikal trek negara, Nurul Alyssa Farid dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri bakal menjalani latihan intensif serta menyertai siri perlumbaan di Jerman hujung tahun ini sebagai langkah memperkukuh pembangunan kedua-duanya.

Kedua-dua pelumba itu mempamerkan peningkatan memberangsangkan pada Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Konya, Turkiye, hujung minggu lalu dengan mencatat rekod peribadi baharu dalam acara pecut individu.

Pengarah teknikal skuad berbasikal negara, John Beasley berkata, Alyssa dan Izzah akan menjalani latihan selama tiga minggu di Jerman mulai akhir Jun ini untuk meningkatkan taktikal dan pendedahan dalam perlumbaan kompetitif.

“Dia akan menjalani satu siri perlumbaan selama tiga minggu di Jerman yang bermula pada penghujung Jun. Ini adalah untuk memberinya lebih banyak pendedahan kepada perlumbaan dan memperbaiki aspek taktikalnya.

“Selepas itu, kami akan memberikan latihan keras di gim selama beberapa bulan. Izzah juga akan menyertai siri perlumbaan di Jerman,” kata Beasley kepada Utusan Malaysia.

Alyssa, 19, semakin menyerlah selepas menjadi pelumba wanita pertama negara mara ke final keirin Kejohanan Dunia Remaja tahun lalu.

Izzah turut memperbaharui rekod kebangsaan miliknya dengan catatan 10.578 saat (s) pada Piala Negara-negara, namun impiannya mara ke final acara keirin tidak kesampaian selepas terbabit dalam kemalangan ketika saingan repechage pusingan pertama.

Sementara itu, Beasley mendedahkan keadaan Izzah dalam keadaan baik dan tidak mengalami trauma atau kecederaan yang serius.

“Untuk Izzah, kami akan memberinya beberapa hari untuk berehat dan pulih supaya badannya dapat sembuh selepas kemalangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×