Soon Huat-Shevon sertai latihan ABM 

Soon Huat-Shevon sertai latihan ABM 

Goh Soon Huat-Shevon Lai dijangka menyertai sesi latihan Akademi Badminton Malaysia sebagai persiapan akhir ke Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2024. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dijangka menyertai sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) mulai Khamis ini.

Kedatangan pasangan suami isteri ini merupakan sebahagian daripada persiapan akhir menjelang kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2024 di Qingdao, China, minggu depan.

 Ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto berkata Soon Huat-Shevon ini akan memulakan latihan fizikal terlebih dahulu sebelum beralih ke latihan di gelanggang.

“Saya mendapat maklumat daripada jurulatih fizikal (mereka), bahawa Soon Huat-Shevon akan memulakan latihan fizikal hari ini (semalam).

“Untuk latihan di gelanggang, mereka dijangka akan bermula pada Khamis,” kata Nova kepada pemberita selepas sesi latihan di ABM, semalam.

Dalam masa yang sama, Nova turut mengulas berkenaan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin sedang dalam proses memulihkan keyakinan diri selepas melalui fasa sukar sejak awal musim ini.

Menurutnya, pasangan muda ini menunjukkan tanda-tanda positif untuk kembali ke prestasi terbaik mereka menjelang BAMTC pada 11 hingga 16 Februari.

“Keyakinan dia (Su Yin) agak turun selepas kekalahan itu (Terbuka Malaysia) tetapi saya lihat dia sudah mula pulih semasa bermain di Indonesia Masters baru-baru ini.

“Walaupun mereka tewas dalam perlawanan sengit dengan keputusan 19-21 selepas mendahului 18-14, secara keseluruhan permainan mereka sudah kembali baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×