Slot didakwa hina pengadil

Slot didakwa hina pengadil

Insiden pergaduhan antara pemain Liverpool dengan Everton di Goodison Park yang mengundang pengadil perlawanan melayangkan empat kad merah termasuk kepada Arne Slot. - AFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
LONDON: Bos Liverpool Arne Slot telah didakwa mengeluarkan kata-kata kesat tethadap pegawai perlawanan dalam insiden tegang melibatkan pertembungan derby Merseyside menentang Everton di Goodison Park tempoh hari.
Dalam insiden itu, Slot telah dilayangkan kad merah sejurus selepas dia berjabat tangan dengan pengadil Michael Oliver di atas padang sebaik perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2.
Liverpool setakat ini masih menganggap jaringan penyamaan James Tarkowski pada minit-minit terakhir perlawanan tidak sah kerana ketika itu penyerang Toffees, Beto terlebih dahulu telah mengasari pemain pertahanan Reds, Ibrahim Konate.
Selain Slot, penolongnya, Sipke Hulshoff turut dikenakan tindakan yang sama oleh Oliver pada perlawanan terakhir di Goodison Park itu sebelum Everton berpindah ke stadium baharu.
Persatuan Bolasepak England (FA) berkata, Slot bertindak dengan cara yang tidak betul atau menghina atau menggunakan kata-kata kesat atau bersikap biadap tethadap pengadil dan penolong pengadil selepas perlawanan tamat.
Selain kedua-duanya, pemain tengah Liverpool, Curtis Jones dan pemain Everton, Abdoulaye Doucoure turut dikenakan tindakan yang sama selepas perlawanan itu, susulan daripada tindakan Jones yang menyerang Doucoure selepas lawannya itu meraikan jaringan penyamaan Tarkowski di hadapan penyokong Reds.
Kedua-dua kelab juga berdepan dakwaan gagal mengawal pemain atau pegawai pasukan yang bertindak di luar kawalan sehingga mengundang pengaruh provokatif kepada yang lain.
Slot, Hulshoff, Liverpool dan Everton diberi tempoh sehingga Rabu ini untuk menjawab segala dakwaan tersebut dan ini bermakna bos The Reds itu akan duduk di bangku simpanan semasa anak-anak buahnya menentang Wolves, esok.
Semalam, Slot mengakui melakukan kesilapan kerana bersikap tidak sepatutnya ketika berlaku insiden panas di Goodison Park. – AFP/UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×