Rookie Mercedes laung amaran

Rookie Mercedes laung amaran

Andrea Kimi Antonelli menggantikan tempat Lewis Hamilton dalam pasukan Formula Satu Mercedes musim ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Andrea Kimi Antonelli yang membuat penampilan sulung bersama Mercedes akan berusaha untuk menang sambil kekal realistik terhadap proses pembelajaran yang akan dilalui.

Pemandu rookie Formula Satu (F1) itu dijangka beraksi di Grand Prix Australia pada 14 hingga 16 Mac ini selepas menamatkan musim pertamanya dalam Formula 2 (F2). 

Bercakap kepada Sky Sports F1, pemandu berusia 18 tahun itu memberi pandangan mengenai matlamat yang akan ditetapkan untuk tahun pertamanya yang mana dia akan menjadi rakan sepasukan George Russell selepas pemergian Lewis Hamilton ke Ferrari.

“Saya akan untuk cuba menang tetapi sudah tentu kita perlu realistik pada masa yang sama. Saya baru sahaja menyertai grid, saya berada dalam pasukan yang bagus dan hebat. Saya bersama Mercedes dan sangat berterima kasih atas peluang yang saya terima.

“Tetapi sudah tentu saya perlu belajar, saya akan cuba untuk kurangkan membuat kesilapan, belajar perlumbaan demi perlumbaan dan kemudian juga (berusaha mencapai) keputusan yang hebat,” katanya.

Antonelli merupakan pemandu Itali pertama beraksi untuk pasukan terkemuka dalam beberapa tahun, malah dia menjangkakan suasana yang istimewa dalam Grand Prix (GP) Itali pada September ini memandangkan kemunculannya serta perpindahan Hamilton ke Ferrari.

“Ia agak pelik kerana agak kontroversi bahawa seorang pemandu Itali akan ke Mercedes manakala seorang pemandu Inggeris akan ke Ferrari.

“Tetapi saya sangat gembira dengan kedudukan saya dan sudah tentu ada banyak sensasi di sekelilingnya kerana (ada) pemandu Itali baharu di grid dan kemudian sudah tentu seorang figura seperti Lewis menyertai Ferrari adalah sesuatu yang luar biasa,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN