NEWCASTLE: Newcastle mara ke perlawanan akhir Piala Liga buat kali kedua selepas mengalahkan Arsenal 2-0 dalam pertemuan separuh akhir kedua pagi ini. Anak-anak buah Eddie Howe mendahului menerusi jaringan Jacob Murphy dalam minit k-19 di St James’ Park sebelum Anthony Gordon melengkapkan gol kedua pada minit ke-52 untuk meraih kemenangan agregat 4-0 ke atas kelemahan benteng Gunners. Kemenangan itu juga melebarkan rekod kemenangan Newcastle ke atas Arsenal sebanyak tiga kali…










