MANCHESTER: Manchester City membuat pembelian saat akhir dengan menandatangani Nico Gonzalez dari Porto yang juga perpindahan terbesar kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) pada hari terakhir jendela perpindahan pemain. Kehadiran Gonzalez adalah untuk mengatasi kelemahan jentera tengah selepas pemenang Ballon d’Or, Rodri terpaksa berehat panjang akibat kecederaan lutut serius dan ia terserlah ketika City tewas 1-5 kepada Arsenal. Skuad kendalian Pep Guardiola kini berdepan cabaran untuk sekurang-kurangnya layak ke Liga Juara-Juara…










