Maddison tambah derita United

Maddison tambah derita United

Pemain Tottenham Hotspur, James Maddison menjaringkan gol tunggal menentang Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di London hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
LONDON: Pengendali Tottenham, Ange Postecoglou berkata, dia simpati dengan nasib yang menimpa pengurus Manchester United Ruben Amorim yang terpaksa menelan kekalahan 1-0 ekoran daripada masalah kecederaan pemain pasukan itu.
Dalam pertembungan dua gergasi yang menghuni tangga bawah liga itu, jaringan James Maddison sudah memadai untuk membawa Spurs memintas kedudukan United dan berada di tangga ke-12 manakala anak-anak buah Amorim jatuh ke kedudukan 15.
Amorim terpaksa berdepan hakikat ketiadaan Amad Diallo dan Lisandro Martinez yang terpaksa melupakan musim ini ekoran kecederaan.
United juga kehilangan Manuel Ugarte, Christian Eriksen, Kobbie Mainoo dan Luke Shaw menyebabkan pasukan itu tidak mempunyai pilihan membariskan lapan pemain remaja dalam perlawanan tersebut.
Tottenham turut berdepan nasib yang hampir serupa apabila Postecoglou kehilangan Micky van de Ven, Cristian Romero dan Dominic Solanke tetapi Maddison dan penjaga gol, Guglielmo Vicario beraksi cemerlang sejak pulih daripada kecederaan November lalu. – AFP/UTUSAN
Keputusan
Liverpool 2 Wolves 1
Tottenham 1 Manchester United 0
Aston Villa 1 Ipswich 1
Crystal Palace 1 Everton 2
Fulham 2 Nottingham Forest 1
Leicester 0 Arsenal 2
Manchester City 4 Newcastle 0
Southampton 1 Bournemouth 3
West Ham 0 Brentford 1
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN