LIVERPOOL: Liverpool bangkit daripada defisit gol untuk mara ke final Piala Liga Inggeris selepas membenam Tottenham 4-0 di sini pagi ini, sekali gus menambah lagi tekanan terhadap Ange Postecoglou. Dalam aksi tersebut Cody Gakpo, Mohamed Salah, Dominik Szoboszlai dan Virgil van Dijk masing-masing menjaringkan gol untuk melengkapkan kemenangan agregat 4-1 dan akan menentang Newcastle United di Wembley pada 16 Mac ini. Liverpool kini dalam prestasi terbaik untuk mencipta empat gelaran…










