PETALING JAYA: Kehadiran puluhan ribu penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim ketika memberi sokongan kepada skuad Harimau Selatan pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia berdepan Terengganu membuktikan bahawa saingan Liga Malaysia (Liga M) masih ‘bernyawa’. Pada aksi separuh akhir itu, lebih 23,000 penyokong setia Harimau Selatan menjadi saksi kepada kejayaan JDT mengesahkan tiket ke final Piala Malaysia buat kali kelima berturut-turut. Kehadiran memberangsangkan penyokong itu jelas…










