PETALING JAYA: Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi optimis skuad negara yang memiliki potensi tinggi dalam arena antarabangsa mampu mencipta kejayaan lebih besar jika mampu mengekalkan konsistensi dalam permainan. Bekas jurulatih Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI) itu turut mengakui ada beberapa aspek permainan yang perlu diperbaiki, terutamanya dari segi teknikal dan konsistensi ketika berada di gelanggang. Herry yang baru dilantik oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata, beliau masih…










