JAKARTA: Jordi Cruyff menyertai pasukan bola sepak Indonesia bagi membantu Patrick Kluivert merealisasikan hasrat negara itu untuk layak ke Piala Dunia. Bekas pemain dan pengarah sukan Barcelona itu yang juga anak kepada legenda bola sepak dunia, Johan Cruyff dilantik sebagai penasihat teknikal untuk FA Indonesia. Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) sebelum ini melantik Kluivert yang juga bekas pemain Belanda dan Barcelona sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan negara itu. Indonesia kini…










