Hatrik Mbappe singkir Manchester City

Hatrik Mbappe singkir Manchester City

Pemain Real Madrid meraikan jaringan gol Kylian Mbappe menentang Manchester City dalam play-off Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu, pagi ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
MADRID: Kylian Mbappe mempamerkan permainan mengagumkan apabila melakukan hatrik ketika Real Madrid menamatkan perjalanan Manchester City dalam saingan Liga Juara-Juara dengan kemenangan 3-1 selepas aksi timbal balas play-off pagi ini.
Kemenangan dengan agregat 6-3 ke atas penyandang juara itu membolehkan Los Blancos menempah tempat ke saingan 16 akhir.
Anak-anak buah Pep Guardiola terpaksa menanggung derita tersingkir daripada kejohanan itu, selepas penyerangnya Erling Haaland dari awal permainan berdepan isu kecederaan, namun mereka berjaya mendapatkan gol sagu hati pasukannya menerusi Nico Gonzalez sebelum wisel penamat.
Dalam perlawanan yang sebahagian besar dikuasai juara 15 kali itu, bintang Perancis, Mbappe membuka jaringan seawal minit keempat sebelum sekali lagi menembusi gawang lawan untuk kedudukan 2-0.
Penyerang sensasi itu melengkapkan gol hatrik pada babak kedua dengan rembatan rendah sekali gus mencapai tujuh jaringan daripada 10 penampilannya bersama gergasi Sepanyol itu musim ini.
City yang menang dalam pertemuan pada 2023 mempamerkan kualiti permainan yang jauh daripada prestasi terbaik mereka. – AFP/UTUSAN
Keputusan
PSG 7-0 Brest
(Agregat 10-0)
Borussia 0-0 Sporting
(Agregat 3-0)
Real Madrid 3-1 Man City
(Agregat 6-3)
PSV 3-1 Juventus
(Agregat 4-3)
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN