Glasgow, United Kingdom: Pengendali Bayern Munich Vincent Kompany memuji sikap anak-anak buahnya yang berjaya menyerap tekanan daripada penyokong tuan rumah untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Celtic dalam aksi playoff pertama Liga Juara-Juara pagi ini. Sebelum memulakan aksi, Kompany berasa bimbang dengan kehadiran kira-kira 60,000 penyokong tuan rumah di sini boleh menjejaskan rentak permainan pasukannya. Namun, sangkaannya meleset apabila pendahulu Bundesliga itu sebaliknya mempamerkan permainan matang sebelum menewaskan lawan. Jaringan Michael…










