Arsenal kenduri gol belasah Man City

Arsenal kenduri gol belasah Man City

Martin Odegaard (kiri) menjaringkan gol pertama Arsenal menentang Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London pagi ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON:  Arsenal menghidupkan peluang mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas membelasah Manchester City 5-1 pagi ini.

Anak-anak buah Mikel Arteta tidak menunjukkan belas kasihan dalam perlawanan tersebut selepas Liverpool mencatat kemenangan 2-0 di Bournemouth, Sabtu lalu meletakkan Reds berkelebihan sembilam mata di puncak liga.
Arsenal mula berpesta gol selepas mendapat inspirasi jaringan Martin Odegaard selepas 103 saat sepak mula di Stadium Emirates, namun Erling Haaland menyamakan kedudukan selepas babak kedua permainan.
City kembali ketinggalan akibat kecuaian akhirnya menerima hukuman apabila Thomas Partey merampas hantaran lemah Phil Foden untuk meletakkan Arsenal mendahului perlawanan.
Gunners terus menambah derita City apabila Myles Lewis-Skelly menjaringkan gol pertamanya sebelum Kai Havertz dan Ethan Nwaneri mempamerkan permainan kelas tinggi untuk mengurangkan defisit perbezaan gol kepada enam mata dengan Reds.
Liverpool masih memiliki kelebihan baki satu perlawanan dalam tangan tetapi Arsenal memperbaiki persembahan terbaik mereka dengan mengekalkan rekod 14 perlawanan tanpa kalah dan usaha mereka memberi tekanan kepada Reds sehingga ke akhir kempen liga.
Selepas melihat usaha mereka untuk mencabar kejuaraan liga pada musim ini lebur, anak-anak buah Pep Guardiola kini memberi tumpuan untuk menamatkan kempen musim ini di tangga keempat sekali gus layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan. – AFP/UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN