Aaliyah sasar podium Kejohanan Universiti Dunia   

Aaliyah sasar podium Kejohanan Universiti Dunia   

Aaliyah Yoong Hanifah dalam latihan sebagai persiapan ke Kejohanan Universiti Dunia IWWF 2025 bermula hari ini di Auckland, New Zealand. - FB HANIFAH YOONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ratu sukan luncur air negara Aaliyah Yoong Hanifah kembali beraksi pada Kejohanan Universiti Dunia IWWF 2025 bermula hari ini di Auckland, New Zealand.

Selepas berehat daripada menyertai pertandingan selama lima bulan bagi memberi laluan kepada pengajiannya di universiti, Aaliyah kini bersedia melakukan penampilan sulung pada tahun ini.

Penuntut tahun dua Florida Southern College itu mensasarkan keputusan podium pada kejuaraan tersebut selepas beberapa bulan mengalihkan fokusnya kepada pelajaran.

Pun begitu, Aaliyah, 21, berkata, walaupun sibuk dengan pelajaran dan peperiksaan di kolej, ia tidak sampai mengabaikan latihannya.

“Saya berlatih dengan baik walaupun tidak menyertai pertandingan. Kini saya berasa cukup bersemangat dan bersedia untuk kembali beraksi,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Kata Aaliyah, dia yakin mampu mencatat keputusan podium dalam salah satu acara yang disertainya sama ada untuk jump, tricks atau dalam 3-Event Overall.

“Jika saya berjaya berada di atas podium dalam salah satu acara tersebut, ia akan membantu memberi impak positif kepada penyertaan saya pada kejohanan itu,” katanya.

Kali terakhir Aaliyah bertanding di pentas antarabangsa yang menyaksikan dia meraih pingat gangsa ialah pada Sukan Dunia 2022 di Alabama, Amerika Syarikat dalam acara tricks dan jump di Kejohanan Dunia Bawah 21 Tahun 2023 di Chapala, Mexico.

Kejohanan Universiti Dunia itu melibatkan penyertaan 78 atlet dari 18 buah negara dan akan berlangsung di Tasik Orakei Basin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×