KUANTAN: Pengendali Sri Pahang Fandi Ahmad mahu skuad Tok Gajah kembali memberi tumpuan sepenuhnya kepada saingan Piala Malaysia dengan matlamat membawa pulang dengan kemenangan apabila tika bertandang ke Stadium Likas malam ini. Sri Pahang hanya selangkah lagi untuk layak ke perlawanan akhir dan Fandi sedar bahawa Sabah adalah penghalang yang wajib ditewaskan pada pertemuan pertama di gelanggang lawan. Pemain perlu memberi persembahan terbaik untuk saingan Piala Malaysia dengan melupakan kekalahan…










