Tidak mudah Hamilton mahu bayangi Leclerc

Tidak mudah Hamilton mahu bayangi Leclerc

Lewis Hamilton menyertai pasukan Formula Satu (F1) Ferrari musim ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas pengurus pasukan Formula Satu (F1), Peter Windsor, tidak menjangkakan Lewis Hamilton akan menunjukkan prestasi yang sama seperti ketika beliau menguasai Mercedes apabila berlumba untuk Ferrari musim ini.

Hamilton kini membuat perubahan besar selepas 12 tahun bersama Mercedes untuk menyertai Ferrari pada 2025.

Kerjasama Hamilton-Mercedes mencipta legasi, memenangi enam gelaran pemandu dan lapan kejuaraan pengeluar.

Namun, kegagalan Mercedes memahami peraturan ground effect berkaitan aerodinamik menyebabkan Hamilton menjadi kecewa.

Sebagai langkah seterusnya, beliau memutuskan untuk merealisasikan impian zaman kanak-kanaknya dengan menyertai Ferrari untuk dua tahun akan datang.

Hamilton kini berdepan tugas berat apabila berlumba bersama Charles Leclerc, yang dianggap antara pemandu paling pantas dalam F1 dalam tempoh satu pusingan.

Windsor, seorang pemerhati F1 yang dihormati, berpendapat Hamilton tidak akan mampu mengulangi kejayaan di Mercedes disebabkan oleh tahap kehebatan rakan sepasukannya.

“Jika anda fikir Lewis di Ferrari akan menjadi Lewis yang mendominasi di Mercedes, fikirkan semula. Kerana dia mempunyai rakan sepasukan yang sangat baik yang membenarkannya berbuat demikian.

“Bukan Nico Rosberg tetapi Valtteri Bottas, dan dia mempunyai kereta yang hebat. Ini bukan untuk menidakkan kemampuan Lewis, tetapi situasinya tidak sama, Leclerc bukan Bottas. Dia jauh lebih pantas,” kata Windsor. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×