PETALING JAYA: Skuad boling kebangsaan menerima durian runtuh apabila menerima insentif khas RM90,000 atas pencapaian cemerlang pada Kejohanan Piala Dunia Boling Persekutuan Boling Dunia (IBF) di Hong Kong, baru-baru ini. Majlis Sukan Negara (MSN) dalam kenyataannya hari ini berkata, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyampaikan insentif tersebut dalam satu majlis khas di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pagi tadi. “Natasha Roslan yang mencipta sejarah sebagai atlet wanita pertama negara…