Shahril sah rebut kerusi Timbalan Presiden FAM  

Shahril sah rebut kerusi Timbalan Presiden FAM  

Shahril Mokhtar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar bakal membuat kemunculan semula dalam landskap bola sepak negara apabila mengakui beliau akan bertanding dalam kongres pemilihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 15 Februari ini.

Shahril yang sebelum ini melepaskan jawatan Exco FAM selain turut berperanan sebagai pengurus skuad bawah 23 tahun (B-23), Jun lalu mengakui bersedia untuk merebut kerusi Timbalan Presiden badan induk tersebut.

Shahril berkata, kehadirannya juga adalah untuk sama-sama berganding bahu dalam merealisasikan matlamat merevolusikan bola sepak negara ke tahap tertinggi.

“Saya akan bertanding untuk merebut jawatan nombor dua FAM. Menerusi pengalaman yang dimiliki sudah pastinya akan membantu untuk meningkatkan kualiti bola sepak negara.

“Arena bola sepak negara kini dalam landasan tepat untuk berubah dan saya sedia berkhidmat ke arah menjayakan perubahan besar berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan kerusi Timbalan Presiden panas selepas empat calon bakal bertanding bagi merebut kerusi No. 2 FAM. 

Selain Mokhtar, dua penyandangnya iaitu Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S Sivasundaram sedia mempertahankan kerusi masing-masing dan seorang lagi calon adalah Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamed.

Ketika ini, Shahril merupakan Pengerusi UTM Holdings Sdn Bhd termasuk menyandang jawatan di beberapa syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN