LONDON: Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, mempertahankan keputusannya untuk terus mengetepikan Marcus Rashford dalam kemenangan tipis 1-0 ke atas Fulham, kelmarin. Rashford tidak beraksi sejak pertengahan Disember selepas mengakui mahu mencari cabaran baharu dalam kariernya. Amorim menegaskan, beliau hanya akan memilih pemain yang memberikan komitmen sepenuhnya tanpa mengira situasi kelab. Menurutnya, jika pemain tidak menunjukkan komitmen maksimum setiap hari, mereka tidak akan diberi peluang bermain. “Alasannya sama, latihan dan bagaimana…










