MANCHESTER: Bekas bintang pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand percaya Marcus Rashford tidak lagi mempunyai masa depan di kelab tersebut susulan kenyataan pengendali, Ruben Amorim yang berkeras untuk mengekalkannya di bangku simpanan. Rashford terlepas banyak perlawanan sejak 12 Disember lalu apabila Amorim tidak lagi menyenaraikan pemain itu dalam kesebelasan utamanya walaupun sebagai pemain simpanan. Ketika memberi alasan tidak menyenaraikan Rashford dalam perlawanan menentang Fulham yang menyaksikan United menang 1-0 Ahad lalu,…










