KOTA BHARU: Masalah disiplin di dalam dan luar gelanggang serta sikap mudah besar kepala menjadi punca arena badminton negara sukar mencari pengganti Datuk Lee Chong Wei. Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek berkata, walaupun negara mempunyai kemudahan latihan yang lengkap, semua itu tidak bermakna disebabkan masalah sikap dan disiplin. “Masalah sebenar pemain kita adalah pemain itu sendiri dan bukan sistem latihan atau persatuan. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mempunyai segala kemudahan,…