Masa depan Postecoglou kelam di Tottenham

Masa depan Postecoglou kelam di Tottenham

Ange Postecoglou tidak pasti sama ada akan terus kekal mengemudi Tottenham selepas pasukannya tewas 2-1 kepada Leicester, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ange Postecoglou mengakui tidak pasti sama ada beliau akan terus kekal sebagai pengurus Tottenham selepas pasukannya tewas 2-1 kepada Leicester dalam aksi Liga Perdana Inggeris, kelmarin.

Tottenham kini mencatat enam kekalahan daripada tujuh perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL), meningkatkan tekanan ke atas pengurus Australia itu. 

Penyokong Spurs mengecam pengerusinya, Daniel Levy, sepanjang perlawanan dan mengejek Postecoglou kerana menggantikan Richarlison.  

Tottenham kini berada di tangga ke-15 liga, hanya lapan mata di atas zon penyingkiran.  

Postecoglou menyatakan bahawa pasukannya yang dibelenggu kecederaan masih menyokongnya, namun beliau tidak dapat menjamin masa depan di kelab berkenaan. 

“Siapa tahu? Saya rasa ramai yang akan kata ‘tidak’. Sebagai pengurus kelab, anda boleh menjadi sangat terdedah dan terasing, tetapi saya tidak merasakan itu.

“Saya benar-benar percaya dengan kumpulan pemain ini walaupun keputusan tidak memihak kepada kami. 

“Kami berada pada tahap terendah setakat ini tetapi saya yakin tiga bulan akan datang boleh menjadi luar biasa,” kata Postecoglou.

Beliau turut optimis dengan kembalinya pemain utama seperti Cristian Romero dan Micky van de Ven yang mula kembali berlatih.  

“Apabila semua pemain utama kembali, saya pasti kami boleh memberikan impak besar,” katanya.  – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN