MANCHESTER: Manchester United semakin hampir layak ke pusingan 16 akhir kempen Liga Europa selepas jaringan lewat Bruno Fernandes mengesahkan kemenangan Red Devil menentang gergasi Scotland, Rangers di Old Trafford. Red Devils seolah-olah hampir mengulangi kekecewaan di laman sendiri selepas pelawat menyamakan kedudukan menerusi Cyriel Dessers pada minit ke-88. Namun, Fernandes menyelamatkan United daripada dimalukan di gelanggang sendiri dan terikat ke saingan playoff apabila menjaringkan gol yang diperlukan sebelum tamat perlawanan.…










