PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC menjadi dua pasukan pilihan untuk melangkah ke pentas final Piala Malaysia berdasarkan kelebihan memiliki bekalan selesa semasa aksi pertama separuh akhir dan bermain di laman sendiri selepas ini. Penganalisis bola sepak tempatan, Hasnizam Uzir berkata meskipun kesemua pasukan masih mempunyai 90 minit kedua namun selepas melihat JDT menewaskan Terengganu FC 4-0 pada aksi pertama, dia tanpa rasa ragu-ragu memilih skuad…










