KUALA TERENGGANU: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio berpuas hati dengan prestasi pasukannya selepas meraih tiga mata penting menewaskan Terengganu FC (TFC) 1-0, kelmarin yang mencerahkan peluang merangkul kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut. Kemenangan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu membolehkan skuad Harimau Selatan menerajui Liga Super dengan mengumpul 52 mata daripada 18 perlawanan. Berbaki enam perlawanan untuk diharungi, JDT kini 13 mata di depan Selangor…










