PETALING JAYA: Kebimbangan terhadap ketandusan pemain pelapis dalam acara perseorangan lelaki kini mula diperkatakan setelah ia semakin menjadi isu berpanjangan selepas Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya. Bekas pemain negara, Roslin Hashim meluahkan situasi ini semakin membimbangkan apabila Malaysia bergantung sepenuhnya kepada seorang pemain utama iaitu Leong Jun Hao sahaja pada Terbuka Malaysia 2025. “Sejak zaman Lee Chong Wei, kita hanya berharap kepada beliau seorang. Kini, kita mengharapkan Lee Zii…