APABILA berkunjung ke rumah rakan kaum India, anda pasti dihidangkan makanan dan minuman. Malah, jika ia merupakan kunjungan kali pertama, anda pasti didesak supaya tidak pulang tanpa membasahkan tekak. Panduan, etika dan adab melayan tetamu diperincikan dalam beberapa teks klasik India yang masih menjadi rujukan. Kandungannya wajar diketahui untuk membantu kita memahami betapa kaum India menghargai kunjungan tetamu, sama ada dari kalangan saudara-mara, jiran atau rakan-rakan. Buku Thirukkural dihasilkan sekitar…