Skuad ‘kedua’ bukan baharu buat Vicente 

Skuad ‘kedua’ bukan baharu buat Vicente 

Skuad Harimau Malaya akan mengharungi kempen Piala ASEAN 2024 tanpa beberapa tonggak utama. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente tentunya sudah menjangka lebih awal tidak akan dapat membawa skuad utama ke Piala ASEAN 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 8 Disember depan.

Sewaktu menjadi penolong kepada Kim Pan Gon yang merupakan ketua jurulatih pada saingan edisi lalu, beliau juga berdepan isu sama namun mereka berjaya membawa pasukan hingga mara ke separuh akhir.

Justeru, pengalaman lalu dilihat memberi pengajaran berguna buat pengendali dari Sepanyol itu untuk membentuk barisan pemain ‘kedua’ terbaik tanpa tonggak utama Harimau Malaya.

Semua sedia maklum bahawa tonggak utama Harimau Malaya tidak dapat bersama pasukan susulan komitmen mereka bersama kelab masing-masing kerana kejohanan ini berlangsung di luar kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Bagi bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan berkata, perkara paling penting untuk mana-mana pasukan mendapat keputusan positif di kejohanan disertai adalah dengan melakukan persiapan terbaik.

Katanya, jika semua pemain berada di tahap terbaik dan mengikut segala taktikal direncanakan oleh jurulatih peratusan untuk mencatat keputusan dimahukan adalah tinggi.

“Apa yang lebih penting adalah tahap persediaan pasukan itu sendiri. Jika kita menyediakan pasukan dengan baik, saya fikir kita boleh saja menentang mana-mana pasukan.

“Pemain perlu bersiap sedia dalam apa jua pertandingan atau perlawanan di mana perkara itu lebih mustahak. Jika tidak bersedia sebaiknya lawan lain mampu kejutkan kita,” katanya.

Skuad kebangsaan kini menduduki tangga ke-132 dalam ranking terbaru FIFA dan akan memulakan sesi latihan pertama bersama pasukan pada Khamis ini.

Pada saingan Piala AFF nanti, pasukan negara diletakkan dalam Kumpulan A bersama Thailand, Kemboja, Singapura dan Timor Leste.

Aksi pertama Malaysia berdepan Kemboja pada 8 Disember ini yang dijadual berlangsung di Phnom Penh sebelum meneruskan aksi bertemu Timor Leste di Bukit Jalil (1 Disember), Thailand di Bangkok (14 Disember) dan Singapura di Bukit Jalil (20 Disember). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN