Selangor FC perlu menang rampas kedudukan dua teratas 

Selangor FC perlu menang rampas kedudukan dua teratas 

Pemain Selangor, Ali Olwan (tengah) beraksi menentang Sri Pahang dalam saingan Piala Malaysia baru-baru ini. Selangor tidak bernasib baik tewas 3-2 secara agregat. Red Giants perlu mengatasi Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super Isnin ini sekiranya mahu mencabar kedudukan tangga teratas. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC berpeluang untuk kembali berada dalam kedudukan dua pasukan teratas Liga Super apabila dijadual menentang pasukan tercorot, Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Isnin ini.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan Selangor tidak mempunyai alasan selain mencipta kemenangan pada aksi tersebut memandangkan skuad kendalian K. Nanthakumar gagal mendapatkan tiga mata penuh selepas sembilan perlawanan.

Kali terakhir skuad Jang Hobin Jang Hobin itu mencipta kemenangan ketika menewaskan Sri Pahang 2-0 di tempat lawan pada 13 Julai lalu dan selepas itu mereka seri tiga dan kalah enam kali.

Berbeza dengan Selangor FC yang masih segar dengan kemenangan besar 4-0 menewaskan kelab Filipina, Cebu di tempat lawan kelmarin dalam aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).

Bagaimanapun, kemenangan tersebut tidak cukup untuk melayakkan ke pusingan 16 terbaik dan pastinya skuad kendalian Katsuhito Kinoshi mahu mengubati kekecewaan mereka dalam pertemuan menentang NSFC.

Biarpun beraksi di tempat lawan, namun ia dijangka tidak memberi sebarang masalah kepada Selangor FC yang kini mahu memburu kemenangan bagi mengatasi Sabah FC selepas kedua-dua pasukan tersebut berkongsi 29 mata.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi Liga Super bakal menyaksikan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima kunjungan Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad ini.

JDT menjadi pasukan pilihan memenangi aksi tersebut memandangkan mereka bakal menurunkan kesebelasan terbaik berikutan tiada seorang pun pemain dari kelab itu menyertai Harimau Malaya bagi mengharungi kempen Piala ASEAN 2024.

Berbeza dengan KL City FC apabila mereka terpaksa melepaskan beberapa pemain bagi menyertai kem Harimau Malaya menentang Kemboja juga pada hari yang sama.

“Beberapa pemain perlu meninggalkan pasukan. Patrick (Reichelt) dipanggil menyertai skuad Filipina. Kami akan membuat perancangan berdasarkan pemain yang ada.

“Sudah tentu ia memberi kesan kepada pasukan tetapi saya tidak mahu merungut. Saya nak beri peluang kepada pemain muda untuk bagi terbaik dan berjuang. Kami perlu berkorban untuk skuad kebangsaan, kami akan melawan dan tidak akan berputus asa,” kata jurulatih KL City FC, Miroslav Kuljanac. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN