Pasukan merosot, penonton hilang selera

Pasukan Liga M tidak memberangsangkan, penonton hilang selera

Hanya segelintir penonton hadir menyaksikan perlawanan Piala Malaysia antara Terengganu FC menentang Melaka FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus, minggu lalu. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prestasi pasukan yang tidak lagi memberangsangkan, antara faktor utama yang menyumbang kepada kemerosotan bilangan penonton ke stadium sepanjang kempen Liga Malaysia (Liga M).

Situasi ini diakui beberapa pengurusan negeri yang mengakui keadaan seperti itu tidak akan berubah selagi pasukan tidak melakukan perubahan besar termasuk bangkit mempamerkan standard permainan yang lebih berkualiti dan menghiburkan.

Malah, ketiadaan pemain yang boleh dianggap bertaraf bintang (superstar)  sebagai daya penarik setiap pasukan seperti di Eropah memburukkan lagi keadaan, kecuali satu dua kelab yang diketahui memiliki ciri-ciri tersebut.

Bagi pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohd. Sadek Mustafa, kemorosoton kehadiran penyokong mula berlaku sejak dua musim lalu.

“Jika ada pasukan mahu kaut untuk dengan menjual tiket, lupakan sahaja kerana hasil kutipan tiket hanya menyumbang 10 peratus kos operasi jika kehadiran 70 peratus penonton ke stadium.

“10 peratus itu untuk tampung kos operasi sahaja dan bukannya untuk perkara-perkara lain bagi satu musim untuk satu-satu pasukan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

“Tiket bukan isu utama, Sekarang adalah isu perlawanan tidak menarik dan tiada keseimbangan antara kelab. Situasi ini menyebabkan liga tidak kompetitif,” katanya kepada Utusan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN