Verstappen juara dunia jika tawan Las Vegas 

Verstappen juara dunia jika tawan Las Vegas 

PELUMBA pasukan Red Bull Racing, Max Verstappen bersedia untuk memulakan sesi latihan bebas menjelang Grand Prix Amerika Syarikat di litar Las Vegas, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS: Pelumba Red Bull, Max Verstappen boleh melakar gelaran dunia untuk kali keempat di bawah lampu malam litar Las Vegas, esok sekiranya menamatkan saingan di hadapan pencabar terdekat, Lando Norris dari Mclaren.

Pelumba Belanda itu berkata, apa yang perlu dilakukannya ialah memastikan beliau tidak kehilangan lebih daripada dua mata kepada pemandu McLaren dari Great Britain berkenaan.

“Saya berada di landasan yang betu. Jika anda mahu menang, jika anda mahu menjadi juara, anda perlu berada pada hadnya.

“Sudah tentu kejuaraan berada dalam fikiran saya secara semula jadi. Tetapi saya akan sentiasa cuba mendapatkan keputusan terbaik daripadanya dahulu dan kemudian melihat apa yang mungkin akan berlaku,” kata Verstappen.

Verstappen memulakan tahun ini dengan bergaya sebelum Mclaren muncul sebagai kereta yang lebih laju ketika prestasi Red Bull sedang merosot.

Norris mendapat kelebihan tersebut sehinggalah Verstappen merampas kembali penguasaan dengan kemenangan menakjubkan dari tempat ke-17 dalam grid di GP Brazil, baru-baru ini.

“Saya sentiasa mengerah diri sendiri. Saya sentiasa cuba untuk mendapatkan keputusan yang terbaik daripadanya. Saya benci membuat kesilapan. Saya meletakkan tekanan itu pada diri saya setiap hujung minggu,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN