Thailand kerja keras ubah tanggapan negatif Sungai Golok - Utusan Malaysia

Thailand kerja keras ubah tanggapan negatif Sungai Golok

KERAJAAN Thailand giat mengubah tanggapan negatif masyarakat luar khususnya dari Malaysia yang sebelum ini kunjungan mereka ke Pekan Sungai Golok semata-mata mahu berhibur-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI GOLOK, THAILAND: Ke­rajaan Thailand sentiasa beker­ja keras mengubah tanggapan ne­gatif masyarakat luar khusus­nya dari Malaysia yang kunjungan mereka ke Pekan Sungai Golok semata-mata mahu berhibur.

Sebaliknya Ketua Daerah Su­ngai Golok Anirut Bua-On berkata, kebanyakan rakyat Malaysia masuk ke situ untuk tujuan pelancongan, membeli-belah serta menikmati pelbagai pilihan makanan bersama keluarga.

“Sekitar 40 tahun lalu, orang yang datang ke Golok memang untuk berhibur kerana ramai beranggapan di sini adalah ‘syurga’, namun kini ia sudah berubah.

“Pejabat Daerah giat berusaha mengubah tanggapan tersebut,” katanya ketika bertemu media di sini semalam. Turut hadiri Ahli Parlimen Sungai Golok Amin Mayusoh.

Anirut berkata, Pejabat Daerah tetap memperketatkan sekatan di pusat-pusat hiburan dengan hanya membenarkan individu berusia 20 tahun dan ke atas.

Malah pihak berkuasa tidak membenarkan senjata api se­per­ti pistol dibawa masuk semasa berhibur.

“Pelancong tidak perlu ta­kut berkunjung atau bermalam di sini kerana tahap kese­lamatan berada pada tahap terbaik.

“Pejabat Daerah sentiasa be­kerjasama dengan polis dan tentera bagi memastikan kawasan ini selamat,” ujarnya.

Mengenai penangkapan enam rakyat Malaysia terma­suk artis terkenal Kelantan, Anirut mengakui kes tersebut me­nyebabkan Pekan Golok lenggang sepanjang seminggu selepas kejadian itu, bagaima­napun situasi semakin pulih apabila rakyat Malaysia mula kembali melancong ke sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN