PETALING JAYA: Kerjasama pasukan serta gandingan pemain yang sudah lama beraksi bersama telah menjadi rahsia kejayaan kepada Negeri Sembilan Antlers untuk menjuarai Liga Sepak Takraw (STL) buat kali kedua berturut-turut. Negeri Sembilan Antlers mempertahankan kejuaraan dengan menewaskan Kuala Lumpur Thunder 2-0 di Stadium MBSJ, Serdang Jaya, kelmarin dan pengurus pasukannya, Rahimy Rahim mengakui gembira dengan dengan kejayaan pasukannya. “Alhamdulillah, tahun ini rezeki sekali lagi berpihak kepada kami. Pemain memberikan kerjasama…